كومونيتي الصابرين

Sejarah Masjid Assobirin

Masjid Assobirin terletak di sebuah kampung kira-kira 25 km.dari Kota Bharu. Masjid ini asalnya sebuah Masjid kayu yang diasaskan oleh Hj.Hassan pada tahun ____. Setelah beliau kembali ke Rahmatullah Imam Masjid ini telah diganti oleh anak beliau Hj.Mat Zin bin Hj.Hassan dari tahun ____ hingga tahun ____. Kemudian telah diganti oleh adik beliau Hj.Mohd Nor bin Hj.Hasan dari tahun ____ hingga tahun ____. Pada zaman beliau juga Masjid ini telah diubahsuai bagi menampung jemaah Masjid yang semakin bertambah. Masjid ini telah semakin uzur dan tidak lagi dapat menampung para jemaah yang kian meningkat terutama pada musim-musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, Raya Haji, Maal Hijrah, Maulidurrasul, Sembahyang Terawih pada bulan puasa dan lain-lain.

Kini Imam Masjid ini ialah Hj.Mohd Subri bin Mat Zin. Beliau menjadi Imam di Masjid ini setelah Hj.Mohd Nor meninggal dunia. Oleh kerana Masjid ini telah terlalu uzur dan tidak dapat lagi menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah maka AJK Masjid ini telah mengambil langkah membina sebuah Masjid yang baru dan lebih baik serta selesa bagi para jemaah mengerjakan solat dan ibadat. Kos pembinaan masjid ini dianggarkan berjumlah RM600,000. Oleh kerana dana masjid ini terkumpul hanya sebanyakRM170,000 sahaja hasil dari sumbangan orang ramai maka kami hanya dapat menyiapkan binaan asasnya sahaja. Masih terlalu banyak dana atau perbelanjaan yang perlu dicari bagi menyiapkan Masjid itu yang kini masih dalam proses pembinaan. Oleh itu, kami sekarang masih lagi memerlukan perbelanjaan bagi meneruskan pembinaan Masjid tersebut. Kami benar-benar memerlukan sumbangan daripada penderma-penderma dari seluruh masyarakat muslim yang ingin membuat amal jariah.

Sesiapa sahaja yang berhajat untuk menyumbangkan derma, bolehlah menyumbangkan derma melalui akaun Masjid yang bernombor 03018010106013 (Melalui Bank Islam).

Kami pihak AJK Masjid mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di atas sumbangan ikhlas semua penderma. Sekiranya terdapat apa-apa masalah atau keraguan
bolehlah menghubungi AJK Masjid seperti berikut.
(Nombor-nombor talipon AJK Masjid AsSobirin tercatit dalam senarai nama ahli jawatankuasa).







(Untuk gambar lebih jelas, klik di atas gambar)

NO.AKAUN BANK ISLAM MASJID AsSOBIRIN:
03018010106013






0 comments: